Sunday, 16 July 2017

Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah)

Buku ini ditulis oleh al-Imam Hujjatul Islam al-Ghazali r.a.
Penterjemah mengakui bahawa kitab ini telah banyak memberi faedah dan bimbingan bagi setiap orang yang mentelaahnya dengan niat yang ikhlas untuk mengamalkan isi kandungannya.
Antara nukilan Imam al-Ghazali yang perlu diambil cakna oleh Umat Islam khususnya para penuntut ilmu baik ilmu fardhu ain mahu pun fardhu kifayah ialah:

PENUTUP( terjemahan Abu Ali al-Banjari an-Nadwi )
Apa yang aku sebutkan ini(seluruh isi kandungan buku tersebut) sudah cukup bagimu wahai anak muda (orang yang baru belajar ilmu tasawuf). Ia sudah cukup untuk engkau jadikan sebagai panduan dalam perjalanamu menuju hidayah. MAka cubalah engkau mengamalkannya. Dan kitab ini terbahagi kepada tiga bahagian.

Bahagian pertama : Adab-adab melaksanakan ketaatan
Bahagian kedua : Cara-cara meninggalkan maksiat (maksiat bukan bermaksud zina sahaja ya, maksiat bermaksud sebarang penderhakaan terhadap Allah)
Bahagian ketiga : Adab-adab pergaulan dan persahabatan

Maka kitab ini dengan serba ringkas telah mengandungi semua adab-adab seorang hamba, baik dengan Allah ataupun dengan Makhluk-Nya. Dan jika engkau lihat kitab ini sesuai untuk dirimu dan engkau mendapati bahawa hatimu cenderungt kepadanya dan sangat berkehendak untuk mengamalkannya maka ketahuilah bahawa engkau adalah seorang hamba yang telah diberi cahaya oleh Allah di dalam hatimu dengan cahaya iman dan Allah Taala telah melapangkan dadamu dan ketahuilah bahawasanya selepas bidayah (permulaan) ini ada nihayah (kesudahan) dan di sana masih banyak lagi rahsia dan ilmu yang halus-halus serta ilmu yang dalam-dalam dan ilmi Mukasyafah seperti yang telah kami sebutkan dalam kita "Ihya' Ulumiddin" maka hendaklah engkau menuntutnya.

Tetapi seandainya engkau mendapati dirimu merasa berat melaksanakan segala amalan yang disebutkan dalam kitab ini dan engkau tidak mahu mencari ilmu yang dapat membersihkan jiwamu dan engkau berkata dalam hatimu, " APAKAH faedah aku belajar ilmu ini (ilmu tasawuf) terutama bila aku hendak duduk bersama dengan para ulama' ? Bilakah ilmu ini akan dapat menjadikan aku mendahului ilmu kawan-kawan yang sebaya denganku ? Dan bagaimana ilmu ini akan mengangkat pangkatku di majlis menteri-menteri dan orang-orang kenamaan, sehinggan aku mendapatkan pemberian, gaji dan kedudukan dalam mentadbirkan harta waqaf dan memperoleh pangkat sebagai qadi? to be continued....

No comments:

Post a Comment